Pasangan dipercayai kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

0
356

SATU pasangan dipercayai kekasih ditemui mati di dalam kereta Perodua Kancil di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau, Lubok China, di sini awal pagi tadi.

Mangsa lelaki berusia 20 tahun dan pasangannya, seorang pelajar berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.

Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan pada pihak polis pada pukul 9.25 pagi.

“Orang awam yang kedua-dua mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan yang ditutupi kain kanvas berwarna kelabu,” kata Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah, lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here