Tiket habis, Ungu tambah satu malam lagi

0
369

KUMPULAN popular Indonesia, Ungu yang bakal mengadakan konsert pada 18 November ini menambah satu malam lagi selepas mendapat sambutan cukup hebat daripada peminat.

Penganjur Ungu’s 26th Anniversary Live in Malaysia, Star Planet berkata, sebanyak 85 peratus tiket untuk konsert malam pertama telah terjual dalam tempoh hanya satu jam dan permintaan semakin meningkat.

“Tidak sampai sejam setelah penjualan tiket dilancarkan pada 30 Ogos lalu, lebih 85 peratus tiket habis dijual. Kami amat berbesar hati dan mengharapkan dengan penambahan persembahan kedua Ungu ini dapat menggembirakan semua peminat-peminat Ungu.

“Bagi tiket konsert malam kedua pada 19 November, pembelian boleh dibuat secara dalam talian bermula 7 September,” katanya menerusi satu kenyataan lapor Utusan Malaysia.

Konsert tersebut akan diadakan pada 18 dan 19 November depan di STAR Convention and Exhibition Centre, Menara PGRM di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, peminat boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my yang dijual bermula harga RM188, RM238, RM328, RM388, RM458 dan RM598.

Sebagai info, Ungu yang ditubuhkan sekitar 1996 dianggotai Pasha selaku vokalis, Enda dan Oncy (gitar), Makki (bass), dan Rowman (dram). Lagu hit Ungu termasuk Demi Waktu, Tercipta Untukku, Andai Ku Tahu, Kekasih Gelapku dan banyak lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here