Pemimpin Pas layak jadi PM, TPM – Ketua Pemuda

0
310

PAS Kelantan beranggapan pimpinan parti wajar mempertimbangkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri melihat kepada kewibawaan dan integriti pemimpinnya yang bebas rasuah.

Perkara tersebut disebut oleh Perwakilan dari Kelantan Mohd. Kamal Mohamed yang juga Ketua Pemuda Pas negeri ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika Muktamar Pas Ke-68 yang bersambung hari ini.

“Pas jauh daripada perebutan kuasa. Buktinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri mengaku Pas tidak pernah meminta jawatan Perdana Menteri atau Timbalan.

“Pas mempunyai ramai pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada Muktamar Pas Ke-68 di Kompleks Pas Kedah hari ini.

Beliau menambah, berbeza dengan pemimpin daripada parti lain termasuk dalam Pakatan Harapan (PH), Pas mempunyai integriti tinggi dan bebas rasuah sekali gus menjadikan ia ‘role model’ terbaik terutama dalam kalangan pengundi muda.

“Untuk anak muda, mereka memerlukan contoh teladan yang baik daripada parti bagaimana anak muda menjadikan idola pemimpin seperti ini.

“Integriti ini memainkan peranan penting dan kita lihat bagaimana ada pemimpin dari PH yang terlibat dengan kes rasuah,” jelasnya, lapor Kosmo!.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar Pas memberi peruntukan tambahan melibatkan pemerkasaan media sosial jentera parti itu menjelang PRU-15 bagi menawan pengundi muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here