Muhyiddin hadiri Muktamar Tahunan Pas ke-68

0
200

Oleh BADLISHAH MAT

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 di Kompleks Pas Kedah, hari ini.

Muktamar membuka tirai hari ini setelah dua hari muktamar sayap-sayap parti dijalankan di sekitar negeri Kedah sejak Khamis lalu.

Sesi hari pertama yang bermula kira-kira pukul 9 pagi ini dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kehormat Jabatan Amal oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abul Hadi melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat Jabatan Amal sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 – Foto Facebook Pas

Abdul Hadi akan menyampaikan ucapan dasar beliau pagi ini yang dinantikan oleh ahli dan perwakilan parti itu terutama dalam soal perpaduan ummah dan Muafakat Nasional (MN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here