Lelaki maut ditembak di Klang ada rekod kongsi gelap

0
270

SEORANG lelaki mati ditembak dari jarak dekat oleh tiga penjenayah ketika menuju pagar rumahnya di Jalan Bawal Tambak 1, Taman Sri Gadong, Klang dekat sini minggu lalu didapati mempunyai rekod dalam kongsi gelap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dalam mengenalpasti suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

Katanya, kerongsong peluru digunakan suspek telah diserahkan kepada unit balistik forensik untuk pemeriksaan.

“Mangsa mempunyai rekod lampau berkaitan kongsi gelap manakala siasatan lanjut masih dilakukan dalam usaha mengenalpasti suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, pada Isnin seperti dilaporkan Kosmo!

Arjunadi bagaimanapun enggan mendedahkan motif kejadian mangsa berusia 41 tahun itu ditembak kumpulan suspek.

Terdahulu, Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut di lokasi kejadian selepas dipercayai ditembak antara lima hingga lapan das selain turut ditetak menggunakan parang oleh suspek.

Mengulas mengenai kes lelaki mati terkena tembakan di Taman Alam Jaya, Kuala Selangor, Arjunadi menegaskan ada kemungkinan penglibatan geng kongsi gelap.

“Bagi kes laporan penceramah bebas yang merogol remaja bawah umur di Kuala Selangor pula kita masih menunggu arahan pertuduhan selepas kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here