PRU-15: Guna satu logo jalan terbaik – Muhyiddin

0
319

PENGGUNAAN satu logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah jalan terbaik bagi parti itu, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menambah, ia terbukti dengan peningkatan peratus undi dan sokongan terhadap parti itu di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Memang ada cadangan penggunaan logo masing-masing di PRU-15 nanti, contohnya penggunaan logo Pas di Terengganu.

“Tetapi bagi saya jalan yang terbaik adalah penggunaan satu logo, iaitu logo PN,” katanya ketika ditanya isu penggunaan logo PN pada PRU-15 nanti.

Beliau berkata demikian Pada sidang media selepas Konvensyen PN 2022 di MAEPS Serdang, Selangor, pada Sabtu.

Mengulas lanjut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, bagaimanapun keputusan akhir penggunaan logo akan dibincangkan bersama pucuk pimpinan parti.

Ditanya tentang meletakkan calon muda sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin berkata, Malaysia sememangnya memerlukan pemimpin muda mentadbir negara. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here