Mekanik ditahan ugut bekas teman wanita dengan pisau

0
250

SEORANG mekanik ditahan polis semalam selepas mengugut bekas teman wanita dengan pisau kerana enggan meneruskan hubungan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian berlaku jam 12 tengah hari Sabtu lalu apabila remaja perempuan berusia 17 tahun pergi ke rumah suspek berusia 19 tahun di Taman Ukay Bistari untuk menuntut ganti rugi perbelanjaan RM700 ketika menjadi pasangan kekasih.

Menurutnya, ketika di dalam rumah, suspek bertindak kasar dengan menolak mangsa lalu mengacu dua bilah pisau berlainan sebanyak dua kali.

“Suspek juga mengeluarkan kata ugutan bunuh kerana pengadu tidak mahu meneruskan hubungan dengan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek juga merampas telefon bimbit dan menghempaskan ke lantai menyebabkan telefon remaja terbabit rosak.

“Susulan itu, pada jam 8.30 malam tadi, sepasukan pihak polis membuat tangkapan ke atas suspek.

“Turut dirampas sebatang cota, dua pisau dan sebuah telefon bimbit yang digunakan ketika kejadian,” katanya.

Katanya, semakan rekod jenayah lampau juga dapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

“Reman terhadap suspek akan dipohon hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here