Kes rasuah, pecah amanah ahli politik perlu dihakimi seadilnya sebelum PRU-15

0
269

KES-kes rasuah dan pecah amanah melibatkan ahli politik digesa untuk dihakimi dengan seadilnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan Pas Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, gesaan itu perlu dijalankan demi mengembalikan tahap kepercaan rakyat kepada institusi kehakiman, legislatif dan eksekutif negara.

“Kes-kes rasuah dan pecah amanah dalam kalangan ahli politik seperti kes Lim Guan Eng, Syed Saddiq dan Dato Seri Zahid Hamidi dapat dihakimi dengan seadilnya sebelum PRU-15.

“Lebih memalukan, apabila ada yang telah dan cuba menggunakan kuasa politik untuk membebaskan diri daripada dibacarakan secara adil di mahkamah,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya pada Selasa.

Tegasnya, pihak yang terlibat perlu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada mahkamah sebagai ruang untuk membebaskan diri daripada tuduhan seterusnya menghentikan tohmahan dan fitnah orang ramai sekiranya mereka berani dan benar.

Sementara itu, Khairil Nizam mengingatkan bahawa Pas sentiasa komited untuk terus memperjuangkan integriti dan melawan rasuah seiring dengan larangan agama Islam yang mengharamkan umatnya memakan harta orang lain dengan cara yang batil.

“Alhamdulillah, PAS sehingga hari ini konsisten tidak disabitkan dengan kes rasuah meskipun mentadbir 3 buah negeri dan sebahagian kementerian dalam Kerajaan Persekutuan.

“Malah, sekiranya terdapat kes dalam PAS, PAS sendiri yang akan bawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here