Helah pekasam ikan berisi ketum tak menjadi

0
192

Oleh BADLISHAH MAT

TAKTIK melabel dua kotak polistrin dan sebuah beg plastik berzip tertera perkataan ‘pekasam ikan’ tidak menjadi apabila polis menemukan daun ketum yang dibawa dua lelaki di Shahab Perdana, Alor Setar malam tadi.

Serbuan pada pukul 10.45 malam itu dilakukan polis berdasarkan maklumat yang diperolehi selain perbuatan mencurigakan dua lelaki berusia 20 dan 21 tahun yang kononnya penjual ikan pekasam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dua kotak polistrin dan bekas plastik itu mengandungi 290 bungkusan plastik mengandungi daun disyaki ketum.

Dua kotak polistrin dan bekas plastik itu mengandungi 290 bungkusan plastik mengandungi daun disyaki ketum.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati jumlah keseluruhan daun ketum itu dianggarkan seberat 58 kilogram (kg).

“Berikutan itu mereka ditahan untuk membantu siasatan dan dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk tindakan lanjut bersama daun ketum yang dirampas.

“Siasatan masih dilakukan untuk mengetahui lebih lanjut pembabitan mereka dalam kegiatan itu,” katanya di Alor Setar hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here