Polis serbu pusat tipu tawaran kerja, 22 ditahan 

0
243

POLIS menyerbu sebuah pusat panggilan penipuan tawaran kerja di Jalan Bangkong, Taman Bandaraya, di sini, danm menahan 22 orang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, hasil maklumat diterima pihaknya melakukan serbuan jam 7.45 petang di premis terbabit.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menahan 22 orang terdiri 21 tempatan dan seorang warga asing membabitkan 18 lelaki serta empat wanita berusia 19 hingga 37 tahun.

“Mereka yang ditahan dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian di mana premis itu dijadikan tempat operasi pusat panggilan.

“Turut dirampas 96 unit telefon telefon bimbit pelbagai jenama dan 20 set komputer pelbagaijenama,” katanya dalam kenyataan memetik laporan BH Online pada Khamis.

Beliau berkata, hasil siasatan awal sindiket beroperasi selama hampir tiga bulan dan kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here