Selepas PM, akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam

0
287

SELEPAS akaun Telegram milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didapati digodam petang semalam, akaun Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menghadapi perkara yang sama malam tadi.

Saifuddin memaklumkan akaun Telegram miliknya telah digodam pihak tidak bertanggungjawab menerusi ciapan dalam Twitter miliknya,

“Pihak yang menggodam akaunnya itu telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi berkenaan.

“Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam ciapan tersebut, lapor Utusan TV, hari ini.

Petang semalam, Perdana Menteri dalam ciapan di Twitter memberitahu, akaun aplikasi Telegram peribadinya telah digodam.

Dalam ciapan tersebut, Perdana Menteri meminta orang ramai mengabaikan mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej daripada akaun itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pula memaklumkan laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun Telegram serta Signal peribadi milik Perdana Menteri digodam.

Akaun Telegram dan Signal yang digodam itu dipercayai digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi aktiviti jenayah penipuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here