Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga direman tujuh hari kes dera kanak-kanak -

Tiga direman tujuh hari kes dera kanak-kanak

TIGA  individu direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek.

Majistret Saiful Sayoti mengeluarkan perintah reman itu di mahkamah Kuala Pilah, bermula hari ini hingga 6 Ogos terhadap kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun didapati mempunyai kesan melecur, lebam, luka, parut dan kecederaan lain pada keseluruhan badannya, dipercayai akibat didera oleh bapa dan ibu saudara sejak Mei lalu.

Ibu mangsa dikatakan menghantar anaknya itu untuk dijaga oleh suspek dengan bayaran RM300 sebulan, kerana bekerja di Johor.

Kanak-kanak itu dilapor diselamatkan oleh ibu saudara kepada ibu mangsa selepas menyedari  kejadian berkenaan, sebelum ibu mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu lapor BH Online.