Dr Asyraf, janganlah sombong!

0
285

Oleh DR AFIF BAHARDIN

PERDANA Menteri (PM) hari ini, berada di jawatan beliau kerana sokongan daripada parti terbesar Kerajaan pada hari ini iaitu parti Perikatan Nasional (PN). Ini adalah hakikat dan fakta yang harus diterima beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Maka adalah tidak salah untuk Perikatan Nasional membangkitkan rasa kecewa mahupun keresahan atas apa jua persetujuan dan perjanjian yang telah dicapai oleh PM bersama pimpinan Perikatan Nasional.

Sindirin Dr Asyraf Wajdi Dusuki seolah-olah agar Perikatan Nasional segera menarik sokongan adalah bukti betapa ketidakmatangan beliau dalam politik dan hanya mementingkan segelintir kelompok sendiri. Soal masalah rakyat tidak dipeduli, yang penting percaturan politik UMNO dapat dibuat dengan adanya pilihanraya.

Amat menjengkelkan apabila sebagai seorang Ketua Pemuda sebuah parti ultra-Melayu; ratib dan zikir beliau saban minggu adalah menjurus ke arah memecahbelah kesepakatan yang dibentuk dalam Kerajaan hari ini antara parti-parti utama Bumiputera negara iaitu, Bersatu, Pas, UMNO, GPS, PBRS dan STAR.

Kepentingan rakyat diketepikan, proses pemulihan ekonomi negara dianggap tidak perlu. Yang penting pada beliau adalah agenda untuk membolehkan Kluster Mahkamah menyegerakan pilihanraya wajib terlaksana!

Saat rakyat mahukan ahli politik fokus pada soal dasar dan pemulihan ekonomi rakyat, yang beliau mahukan adalah perpecahan dan ketidakstabilan terus berlaku di dalam kesepakatan kerajaan hari ini. Amat menjengkelkan!

Saya seru Dr Asyraf untuk fokus membantu Presiden dan mantan Presiden parti beliau untuk membersihkan diri daripada segala tuduhan salahguna kuasa dan rasuah menyeleweng dana rakyat dan negara sebelum ini.

Serahkan soal mentadbir kepada Perdana Menteri dan barisan kabinet kerana saya yakin, mereka lebih maklum bagaiman untuk menyelesaikan apa jua isu yang berlaku di dalam kesepakatan ini tanpa perlunya Dr Asyraf mengugut kami untuk tekan butang itu dan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here