Bidoglio bimbing JDT ganti Mora

0
364

KELAB bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan Hector Pablo Bidoglio akan membimbing JDT bagi menggantikan Benjamin Mora yang melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Selatan semalam.

Menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers, pengendali berusia 54 tahun yang pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan Venelueza dilantik selaku ketua jurulatih skuad Harimau Selatan berkuat kuasa serta-merta.

“Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

“Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here