Budak 13 tahun ugut rakan lakukan amang seksual ditahan

0
841

SEORANG murid lelaki Tingkatan 1 ditahan selepas mengugut seorang murid Tahun 4 dengan sebilah pisau gara-gara kemahuan melakukan amang seksual ditolak dalam satu kejadian di dalam sebuah kereta dekat Gurun, Kedah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada bapa mangsa pada pukul 7.17 malam.

Beliau berkata, bapa mangsa telah diberitahu bahawa terdapat seorang murid berusia 13 tahun telah membawa anak lelakinya menaiki sebuah kereta Perodua Kancil pada pukul 4.30 petang sebelum memaksa mangsa membuka seluar, memegang dan menghisap kemaluan suspek.

Jelasnya, mangsa telah ditampar dan dipukul kerana enggan mengikut kehendak suspek.

“Mangsa telah dibawa ke rumah suspek dan suspek bertindak mengacukan sebilah pisau serta mencekik leher mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa telah keluar daripada rumah suspek lalu meminta pertolongan daripada orang ramai untuk membawanya pulang ke rumah.

Siasatan mendapati terdapat kesan lebam di pipi kanan, calar di dada kiri dan luka di lutut kanan.

Bagaimanapun, tiada sebarang saksi yang melihat dalam kejadian terbabit.

“Mangsa telah dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut manakala suspek direman selama empat hari bagi siasatan lanjut,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here