Timbalan Presiden tak semestinya menjadi Presiden – Fahmi

0
339

TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak semestinya bakal dilantik menjadi Presiden, kata pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Menurut laporan MalaysiaKini, dia berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada kemenangan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden akan mengukuhkan tanggapan bahawa dia berpotensi menggantikan presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fahmi berkata, ini dilihat daripada kes sebelum ini apabila bekas Naib Presiden, Datuk Seri Azmin Ali yang tidak diangkat menjadi Presiden parti.

Ahli Parlimen Gombak itu sebelum ini menjadi Timbalan Presiden PKR dari November 2010 hingga Februari 2020, sebelum keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain itu, Fahmi turut berkata ketika ini, ia bukanlah masa untuk membincangkan soal peralihan tetapi mereka perlu fokus persediaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Semasa pemilihan parti, pintu terbuka besar untuk siapa sahaja yang mahu mencabar Anwar, tetapi tiada yang buat.

“Sekarang, kita mesti benarkan mengambil peluang untuk membina parti bagi menghadapi PRU-15 dengan pelbagai sebab.
“Dia masih jadi pengikat (dalam pembangkang) dan dia dapat tarik banyak sokongan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here