Pindaan Perlembagaan UMNO dijangka lulus, tetapi kuatkuasa pemilihan akan datang – Chegu Bard

0
401

UMNO dijangka memohon semakan undang-undang jika permohonan parti itu untuk melanjutkan pemilihan parti ditolak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Sharin, berkata semakan itu akan melihat peruntukkan perundangan yang ada pada ROS, sama ada badan penyelia itu membuat keputusan dalam lingkungan kuasa yang ada padanya.

“Tetapi, saya percaya dengan kes penting seumpama ini, ROS sudah pasti merujuk perkara ini kepada Jabatan Peguam Negara dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Oleh yang demikian, saya menjangkakan walaupun semakan undang-undang diadakan ia akan membuat keputusan yang sama,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai jangkaan keputusan ROS, Badrul Hisham yang juga lebih dikenali Chegu Bard menjangkakan ROS akan meluluskan permohonan UMNO.

Mengulas lanjut mengenai keputusan ROS, Badrul Hisham yang juga lebih dikenali Chegu Bard menjangkakan ROS akan meluluskan permohonan UMNO.

“Bagaimanapun pindaan Perlembagaan UMNO yang akan diterima ini hanya akan berkuat kuasa pada pemilihan parti itu akan datang.

“Untuk kali ini, kemungkinan ROS dilihat tiada pilihan tetapi akan mengarahkan Pemilihan UMNO diadakan pada tahun ini sebelum 29 Disember 2022,” katanya.

Beliau menambah, menyoroti kembali isu ini, UMNO sebelum ini mempunyai dua pilihan, iaitu pilihan pertama memanjangkan memanjangkan hayat MKT UMNO, UMNO Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan daripada tarikh terakhir pemilihan (3 tahun), dengan kebenaran dari ROS.

Pilihan kedua pula katanya, memanjangkan hayat MKT UMNO, Bahagian dan Cawangan, selama tidak lebih daripada 6 bulan selepas sesuatu Pililihanraya Umum Negara dengan kebenaran ROS.

“Perlu diperingatkan bahawa UMNO Malaysia menerusi MKT UMNO telah mengambil pilihan satu iaitu memanjangkan hayat MKT UMNO, Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan.

“Persoalannya, selepas mengambil pilihan satu dengan persetujuan dari ROS, adakah UMNO akan diberi kesempatan mengunakan pilihan kedua, iaitu memanjangkan hayat MKT UMNO, Bahagian dan Cawangan, untuk kali kedua dalam satu tahun yang sama.

“Secara logiknya, UMNO tidak boleh mengambil kedua-dua pilihan tersebut dalam tahun yang sama,” ujarnya.

Oleh yang demikian, katanya, kemungkinan besar, Pindaan Perlembagaan UMNO akan diterima tetapi tarikh kuat kuasa akan bermula pada permilihan UMNO akan datang.

Badrul Hisham berkata, ROS juga kelihatan tidak mempunyai hak untuk menolak permohonan pindaan perlembagaan oleh UMNO.

“Tetapi, ROS berhak untuk memastikan pindaan perlembagaan tersebut mengikut lunas-lunas Akta Pertubuhan dan undang-undang yang sedia ada,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here