BLACKPINK sah bakal ‘mendarat’ ke Malaysia sekali lagi  

0
868

KUMPULAN K-Pop tersohor dunia, BLACKPINK membuat pengumuman yang mengejutkan bagi peminat di negara ini apabila bakal mengadakan konsert di Malaysia pada Mac 2023. 

Kumpulan muzik berpengaruh dari Korea Selatan itu bakal mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 4 Mac tahun hadapan, lapor portal hiburan TwentyTwo13. 

Konsert berkenaan sekaligus menjadi persembahan mereka yang kedua di negara ini sejak kali terakhir pada tahun 2019. 

Pengumuman tersebut seiring pelancaran sebuah album baharu mereka sekitar bulan depan, sekali gus bakal menganjurkan siri konsert jelajah dunia yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Malah, siri konsert jelajah dunia itu difahamkan bakal melakar sejarah sebagai konsert jelajah terbesar melibatkan kumpulan muzik wanita.

Terdahulu, BLACKPINK yang dianggotai Jisoo, Jennie, Lisa, dan Rosé mengadakan konsert sulung mereka di negara ini di Stadium Melawati, Shah Alam pada tahun 2019 selama dua hari berturut-turut. 

Beberapa artis antarabangsa akan turut beraksi di Kuala Lumpur pada tahun ini dan awal tahun depan termasuk  Billie Eilish, Lany dan Jay Chou.—SB 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here