Lelaki ditahan disyaki bunuh ibu tunggal

0
218

POLIS menahan seorang lelaki yang disyaki suspek bagi kes bunuh seorang wanita di sebuah pusat peranginan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias, berkata penahanan lelaki berusia 52 tahun itu dibuat selepas siasatan mendapati dia adalah orang terakhir dilihat berjumpa mangsa.

“Suspek ditahan jam 1.40 tengah hari bagi membantu siasatan Seksyen 302 Kanun keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor BH Online.

Sementara, Muhamad Rizal berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah menerima laporan mengenai seorang wanita tempatan meninggal dunia dalam sebuah bilik di sebuah tempat peranginan di sini kira-kira jam 12.35 tengah hari, semalam.

Siasatan awal terhadap badan mangsa mendapati adanya kesan cedera dalaman di bahagian leher dan pinggang sebelah kiri. Mangsa yang beralamat di Sibu adalah ibu tunggal berusia 44 tahun dan mempunyai dua anak.

“Mangsa mendaftar masuk ke tempat peranginan berkenaan bersama anak-anaknya sehari sebelum kejadian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here