Biar rakyat nilai MPN gagal atau sebaliknya

0
343

TAN Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada kerajaan untuk menilai sama ada Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikannya gagal atau sebaliknya, sebagaimana dakwaan pihak tertentu.

Beliau berkata, MPN tidak mempunyai kuasa eksekutif sebagaimana kementerian atau agensi, sebaliknya majlis berkenaan hanya memberi perkhidmatan nasihat kepada kerajaan berkaitan langkah perlu diambil dalam pelan pemulihan negara.

Katanya, beliau ikhlas menggalas tanggungjawab itu tanpa mengambil sebarang bayaran kerana dengan niat mahu membantu kerajaan.

“Kami badan yang memberi nasihat, jadi nak kata gagal atau tak gagal, kalau kerajaan fikir cadangan kita baik, dia akan teruskan.

“Tetapi saya faham bahawa proses pemulihan tidak mudah, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi katalah macam gagal dan sebagainya. Macam dulu dia kata kerajaan gagal, hakikatnya kerajaan tidak gagal dan rakyat boleh menilai.

“Apa yang penting bukan orang politik yang kata, tapi rakyat yang menilai. Kalau rakyat kata Muhyiddin kau berhenti, saya berhentilah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) Peringkat Kelantan.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here