[VIDEO] Pendedahan Tajuddin: ‘PN enggan bantu kes mahkamah Zahid bukti Muhyiddin bersih, berintegriti’

0
338

PENDEDAHAN yang membuka pekung di dada UMNO oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini sekaligus membuktikan pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang yang berintegriti.

Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, perkara itu ekoran Tajuddin mendedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah mengadu mengenai keengganan kerajaan PN untuk membantu dalam kes mahkamahnya.

“Terbukti Muhyiddin Yassin merupakan seorang pemimpin yang bersih dan berintegriti,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaKini pada Rabu.

Tambahnya, kenyataan Tajuddin pada Isnin lalu juga telah mengesahkan segala penegasan oleh bekas Perdana Menteri ke lapan itu berhubung wujud gesaan daripada pemimpin tertentu dalam UMNO untuk menyelesaikan kes yang dihadapi mereka.

Menurutnya lagi, melalui pendedahan itu juga, Ahmad Zahid terbukti sanggup berbohong kepada ahli UMNO demi kepentingan peribadi.

“Pendedahan ‘saksi hidup’ Pasir Salak itu diharap dapat menyedarkan rakyat khususnya ahli-ahli Umno akan ketidakjujuran yang dilakukan oleh kepemimpinan tertinggi parti tersebut selama ini.

“Amat malang bagi ahli sebuah parti yang sering melaungkan soal kestabilan politik apabila pimpinannya sendiri tidak bersikap jujur dan sanggup untuk melakukan apa sahaja termasuklah berbohong untuk agenda atau kepentingan peribadi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Dr. Sahruddin menegaskan pentadbiran kerajaan seharusnya diterajui oleh individu berintegriti, mempunyai akuauntabiliti, serta prihatin terhadap kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

Pada 27 Jun lalu, Tajuddin mengadakan sidang media beberapa hari selepas beliau dipecat daripada jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Bekas Pengarah Pilihan Raya UMNO itu turut membuat beberapa dakwaan lain termasuk wujudnya gerakan pemimpin kanan UMNO untuk memujuk Ahmad Zahid berundur daripada jawatannya pada 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here