‘Apa bukti Zahid kata saya suruh bubar UMNO’ – Tun Mahathir

0
316

TUN Dr Mahathir Mohamad meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menunjukkan bukti berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri itu meminta UMNO dibubarkan.

Beliau berkata, Zahid sering mengeluarkan berbagai dakwaan, namun tidak dapat memberikan sebarang bukti bagi mengukuhkan sebarang dakwaan yang dibuatnya.

“Apa bukti dia (Zahid) yang kata saya macam itu (meminta membubarkan UMNO)?

“Dia boleh cerita macam-macam, benda kita cakap kena tunjuk bukti, sepatutnya kita bercakap macam itu,” katanya lapor BH Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama pengusaha feri Langkawi di Langkawi, Kedah malam tadi.

28 Jun lalu, Zahid ketika prosiding bela diri di Mahkamah Tinggi mengeluarkan kenyataan mendakwa Dr Mahathir memintanya membubarkan UMNO kerana mendapati parti itu tiada masa depan dan tidak lagi boleh dipercayai.

Zahid berkata, pertemuannya bersama Dr Mahathir itu dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan bekas Perdana Menteri itu turut meminta semua ahli UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here