Sokong sesiapa sahaja menang PRU-15: Warisan parti tiada prinsip – Yadzil

0
573

PENDIRIAN Warisan diketuai Datuk Seri Shafie Apdal untuk menyokong sesiapa sahaja yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti menunjukkan parti itu tiada prinsip perjuangan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, bukan sahaja parti, malah pendirian itu menunjukkan ketua parti itu juga tiada prinsip dan sanggup menjual diri kepada sesiapa sahaja yang berkuasa asalkan mereka diberi ruang memegang jawatan.

“Jika Shafie ada prinsip, sepatutnya prinsip itulah yang diperjuangkan tanpa mengira siapa yang menang. Bukan melupakan prinsip hanya kerana mahu diterima oleh pemenang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Shafie dalam satu sesi live streaming yang memberitahu Warisan sedia bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik menang PRU-15 sebagai tanda menghormati pilihan rakyat.

Mohd Yadzil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bemban berkata, kenyataan Shafie juga membuktikan dia sudah tahu Warisan tidak akan menang dengan signifikan dalam pilihanraya.

“Maka Shafie tiada pilihan melainkan mengikut saja mana-mana parti lain yang boleh beri Warisan jawatan.

“Shafie memposisikan Warisan sebagai parti yang rela mengekori orang lain sahaja,” katanya.

Justeru, katanysa, rakyat Malaysia mesti sedar hakikat sebenar mengenai Warisan.

“Ia adalah sebuah parti yang semakin lumpuh, tidak ada prinsip, dan dipimpin oleh mereka yang sanggup menjual parti kepada sesiapa sahaja asalkan diberi sedikit kuasa.

“Warisan adalah parti yang tiada asas perjuangan,’ katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here