Anwar wajib tampil beri justifikasi sokongan ‘kluster mahkamah’ – Afif Bahardin

0
320

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan dakwaan wujudnya sokongan daripada ‘kluster mahkamah’ dalam akuan bersumpah (SD) menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Bersatu, Dr. Afif Bahardin berkata, pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin, mengesahkan dakwaan dan desas-desus sebelum ini memang wujud pakatan sulit di antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya mendesak Ahli Parlimen Port Dickson untuk wajib tampil memberi justifikasi mengenai kesediaan beliau bagi mendapatkan sokongan kluster mahkamah untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.

“Apakah yang beliau telah janjikan kepada Zahid dan kluster mahkamah bagi memenuhi obsesi patologikalnya untuk bergelar seorang Perdana Menteri,” soal Afif menerusi satu kenyataan, pada Selasa.

Tambah beliau, hipokrasi politikus PKR dan DAP juga cukup memualkan apabila tanpa segan menyelar ahli politik PN dengan pelbagai panggilan tetapi diam seribu bahasa apabila terbukti Anwar sendiri sanggup menerima sokongan Ahli Parlimen dari kluster mahkamah.

Semalam, Tajuddin mendedahkan, Ahmad Zahid merupakan ketua yang mengepalai gerakan menyokong Presiden PKR itu dilantik menjadi Perdana Menteri.

Menurut Tajuddin, pendedahan itu dilakukannya sebagai saksi hidup berikutan Ahmad Zahid tidak mendedahkannya kepada akar umbi.

Bahkan, Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga mendakwa, beliau turut digesa menandatangani SD tersebut sehingga timbulnya isu jajaran baharu ketika itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here