Zahid ketuai tandatangan Akuan Bersumpah sokong Anwar jadi PM – Tajuddin

0
287

BEKAS ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mendakwa wujud akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen parti itu bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Katanya, beliau yang pada ketika itu didesak untuk menandatangani SD berkenaan beberapa kali menolak usaha gerakan untuk mewujudkan jajaran baharu berkenaan.

“Jajaran baru, saya (menjadi) saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi Perdana Menteri dan ada surat dihantar pada istana.

“Saya enggan tandatangan, saya tidak mahu. Tapi bila akhirnya sudah ada yang bermasam muka, saya terpaksa juga berbuat demikian,” dedahnya dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya pada Isnin.

Tajuddin berkata, pendedahan itu dibuat hari ini kerana perkara itu tidak didedahkan Presiden UMNO itu kepada ahli-ahli partinya.

“Kata No DAP, No Anwar tetapi memang ada SD (UMNO) sokongan Anwar kepada Istana. Saya diminta tandatangan,” ujarnya.

Ditanya siapa yang mengepalai gerakan bagi mendapatkan tandatangan SD berkenaan, Tajuddin dengan suara yang tegas berkata, ia dikepalai Ahmad Zahid.

“Mestilah, dia kepala,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau turut menamakan beberapa Ahli Parlimen lain yang menandatangani SD terbabit antaranya Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.

“Ahli Parlimen lain? Datuk Seri Hishammuddin Hussein saya tak ingat, KJ (Khairy Jamaluddin) pun saya tak ingat (tanda tangan SD) atau tidak,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Salak itu lagi, isu melibatkan SD kepada Anwar itu berlaku selepas kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2020.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here