Gempa bumi gegar penduduk Afghanistan, Pakistan, Iran

0
248

GEMPA bumi berukuran magnitud 6.1 menggegarkan sebahagian kawasan berpenduduk padat di Afghanistan dan Pakistan awal pagi tadi, menurut Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa ialah kira-kira 44 kilometer (km) dari bandar Khost di tenggara Afghanistan pada kedalaman 51 km, menurut laporan USGS tetapi tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Gegaran terasa sehingga kawasan sejauh 500 km membabitkan sekitar 119 juta penduduk di Pakistan, Afghanistan dan India, kata Pusat Seismologikal Mediterranean Eropah (EMSC) menerusi ciapan laman sosial media, Twitter.

Gegaran turut dirasai di ibu negara Afghanistan, Kabul selain ibu negara Pakistan, Islamabad, menurut pengguna Twitter dan maklum balas saksi di laman sesawang EMSC, lapor BH Online.

Dalam pada itu, EMSC turut melaporkan bahawa gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter turut melanda selatan Iran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here