[VIDEO] Program #Ruang Belia buka minda, bantu lahir belia berfikiran kreatif dan inovatif

0
667

PROGRAM #Ruang Belia bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai platform terbaik bagi anak muda menyuarakan pandangan mengenai masa depan negara.

Sesi dialog yang berlangsung selama tiga jam anjuran Institut Masa Depan Malaysia (MASA) itu turut membincangkan aspek dasar awam termasuk sosial, ekonomi dan politik.

Peserta, Roshan Nigel Miranda berkata,dialog bersama bekas Perdana Menteri itu sangat bermanfaat kepada semua belia yang hadir.

“Program ini sangat memberi inspirasi kepada kami khusunya golongan belia yang dapat bersoal jawab dengan Tan Sri Muhyiddin terutama hal memperkukuh ekonomi.

“Saya harap program dialog seperti ini akan lebih kerap diadakan supaya kita boleh bertukar pendapat antara belia dan golongan lebih berpengalam,” katanya ketika ditemui di Sime Darby Convention Centre (SDCC), di sini, hari ini.

Bagi Dayana Batrisyia, program itu benar-benar memberi kesan dalam dirinya dan dia berbangga kerana menjadi salah seorang peserta.

“Saya amat terkesan dengan kata-kata Tan Sri Muhyiddin. Keadaan ini menunjukkan beliau tidak mengetepikan pendapat anak muda bagi sama-sama memulihkan negara terutama dari segi ekonomi,” katanya.

Turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, senator Wan Ahmad Fayshal.

Dalam pada itu, seorang lagi peserta, Syamil Al-Nassir, berpendapat belia harus sentiasa berfikiran kehadapan.

“Rakyat Malaysia sedang berubah ke fasa digital, kita haruslah fokus kepada sektor e-commerce (e-dagang) untuk berkembang maju seperti negara China,” katanya.

Bagi Tan Pooi Yee, belia perlu arif tentang isu-isu penting di dalam negara untuk kemaslahatan kendiri.

“Kita perlu memahami isu-isu seperti pemerkasaan belia, ekonomi, sumber manusia dan teknologi untuk berdiri teguh di negara ini,” katanya.

Muhammad Aizam Mazlan pula berpendapat,belia mempunyai tanggungjawab besar iaitu perlu mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif bagi bersaing dengan negara luar.

“Kita perlu bersedia untuk menjadi pemimpin negara di masa hadapan,” katanya.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here