Miliki dua MyKad palsu, lelaki Pakistan ditahan

0
133

SEORANG lelaki warga Pakistan yang juga peniaga pasar malam ditahan kerana disyaki memiliki dua MyKad palsu dalam serbuan Op Kutip di sebuah rumah dekat Taman Kajang Mewah, Kajang, tengah malam Selasa.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, Nooruladzim Ateman, berkata sepasukan enam anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya membuat serbuan jam 12.10 tengah malam dalam Op Kutip itu.

“Anggota penguatkuasa menahan lelaki warga Pakistan berusia 50-an kerana disyaki memiliki dua MyKad palsu yang ditemui di dalam dompet miliknya.

“Hasil soal siasat, lelaki itu mengaku menggunakan kad pengenalan palsu berkenaan sejak 2005 yang diperolehnya daripada ejen di Sabah pada harga RM1,000,” katanya kepada BH Online.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Sekiranya sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here