Polis bebaskan pelakon tumbuk, tendang pengawal keselamatan esok

0
397

POLIS sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pelakon lelaki yang menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur, kelmarin.

Susulan itu kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pelakon berkenaan yang direman tiga hari akan dibebaskan dengan jaminan polis, esok.

Pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok.

“Lelaki terbabit akan diberi jamin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul esok. Siasatan juga sudah lengkap,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Semalam, pelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut.

Suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang pengawal keselamatan dalam kejadian pada pukul 8.30 malam, Khamis lalu.

Kejadian berlaku apabila suspek meminta rakannya membeli minyak masak.

Ketika rakan suspek hendak menghantar minyak masak kepadanya, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakannya itu masuk.

Berlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan di situ.

Suspek kemudian turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah terus menumbuk dan menendang muka, dada dan perut mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here