Jagdeep Singh Deo patah pergelangan kaki diserang lelaki dipercayai mabuk

0
439

OleH WARTAWAN SATU BERITA

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo patah pergelangan kaki kiri selepas diserang seorang lelaki yang dipercayai mabuk.

Kejadian itu berlaku pukul 8.30 malam Jumaat lalu ketika Jagdeep yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang berada bersama ahli keluarganya di sebuah kedai di Jalan Sungai Kelian, Tanjung Bungah.

Difahamkan, ketika kejadian Jagdeep secara tiba-tiba ditolak sehingga terjatuh oleh seorang lelaki warga asing yang menghampirinya dalam keadaan terhuyung-hayang dipercayai kerana mabuk.

Ekoran kejadian itu, ahli politik berusia 51 tahun berkenaan cedera pada buku lali dan kini dirawat di sebuah hospital swasta.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain ketika dihubungi media mengesahkan seorang suspek telah ditahan berhubung kes itu dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here