RM118,691 minuman keras tidak bercukai dirampas

0
399

Oleh WARTAWAN SATU BERITA

PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang merampas sebanyak 554 liter minuman keras disyaki tidak bercukai bernilai RM118,691 dalam dua serbuan di Butterworth, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan di bawah Op Kontraban itu dibuat di Taman Nagasari, Perai, Butterworth, kira-kira pukul 11 pagi hasil maklumat awam.

Dalam serbuan itu juga jelas beliau, dua warga asing berumur antara 30 hingga 40 tahun turut ditahan.

“Tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut.

Serbuan di bawah Op Kontraban itu dibuat di Taman Nagasari, Perai kira-kira pukul 11 pagi

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, dadah, PATI (pendatang asing tanpa izin) dan sebagainya kepada PPM Wilayah Satu Pulau Pinang supaya tindakan segera dapat diambil.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus melalui talian telefon 04-6558222,” ujar beliau. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here