Penolong akauntan didakwa salah guna kuasa

0
262

PENOLONG Akauntan Kanan Majlis Daerah Marang (MDM) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan bernilai RM10,640 bagi kerja-kerja pemasangan karpet.

Tertuduh, Sazawati Salleh, 49 bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali, mengikut laporan BH Online.

Tertuduh didakwa menggunakan jawatannya dengan mencadangkan sebut harga syarikat untuk kerja-kerja pemasangan karpet di ruang pejabat dan bilik pegawai bahagian kewangan MDM yang bernilai RM10,640.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bahagian Kewangan MDM di Marang pada 12 Januari 2021.

Setelah pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh untuk ikat jamin RM5.000 dan menetapkan 17 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga meletakkan syarat tambahan dengan mengarahkan tertuduh untuk menyerahkan passport antarabangsa kepada mahkmah serta perlu melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 1 hingga 5 hari bulan setiap bulan sepanjang prosiding.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Husni Mubarak Ghazali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here