Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bayi patah tulang lengan, taska disyaki cuai -

Bayi patah tulang lengan, taska disyaki cuai

SEORANG bayi lelaki berusia lapan bulan patah tulang di lengan kiri, disyaki akibat kecuaian di sebuah taska di kawasan Anak Bukit, Khamis lalu.

Berita Harian melaporkan kejadian disedari ibu mangsa selepas mendapati lengan kiri mangsa bengkak ketika mengambil anaknya di taska berkenaan pada jam 5 petang.

Berikutan itu, bayi itu dibawa oleh ibu bapanya ke sebuah hospital swasta di sini sebelum dirujuk ke pakar tulang Hospital Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Anak Bukit kelmarin.

“Pemeriksaan doktor mendapati bayi patah tulang di atas lengan kiri.

“Berikutan itu, seorang wanita berusia 20 tahun yang juga pengasuh taska berkenaan ditahan untuk membantu siasatan dan direman sehingga 9 Jun.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihak masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca kejadian.