Tag: Taska

  • Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska

    Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska

    POLIS sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam susulan menerima satu video tular di WhatsApp. “Video tersebut menunjukkan seorang perempuan telah mengasari seorang bayi yang umurnya tidak pasti.…

  • Bayi 3 bulan maut di Taska

    Bayi 3 bulan maut di Taska

    SEORANG bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata bayi berkenaan disahkan meninggal apabila tiada sebarang tindak balas terhadap rawatan kecemasan diberikan selepas mangsa dihantar ke sebuah…

  • Taska diarah tutup, dera bayi hingga koma

    Taska diarah tutup, dera bayi hingga koma

    SEBUAH taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang terbabit dengan kes penderaan seorang bayi lelaki sehingga koma awal Januari lalu diarah ditutup buat sementara waktu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat, berkata arahan penutupan sementara itu bermula 5 Januari lalu sebaik sahaja laporan polis diterima. Beliau berkata, pihaknya memandang serius…

  • Pengusaha taska didenda RM7,000 tampar kanak-kanak dua tahun

    Pengusaha taska didenda RM7,000 tampar kanak-kanak dua tahun

    SEORANG pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lepas. Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Azlinawaty Julaihi, 41, selepas dia mengaku bersalah dengan menampar kanak-kanak berkenaan beberapa kali sehingga bengkak di kedua belah bahagian mata dan lebam di…

  • Bayi patah tulang lengan, taska disyaki cuai

    Bayi patah tulang lengan, taska disyaki cuai

    SEORANG bayi lelaki berusia lapan bulan patah tulang di lengan kiri, disyaki akibat kecuaian di sebuah taska di kawasan Anak Bukit, Khamis lalu. Berita Harian melaporkan kejadian disedari ibu mangsa selepas mendapati lengan kiri mangsa bengkak ketika mengambil anaknya di taska berkenaan pada jam 5 petang. Berikutan itu, bayi itu dibawa oleh ibu bapanya ke…

  • HFMD: Hanya tiga kes dimasukkan ke ICU setakat ini – KP Kesihatan

    HFMD: Hanya tiga kes dimasukkan ke ICU setakat ini – KP Kesihatan

    SEHINGGA 28 Mei lepas, hanya tiga kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) daripada 65,535 kes yang dilaporkan, dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan disahkan dijangkiti EV71…

  • HFMD: Melaka tutup taska, tadika jika ada arahan KKM

    HFMD: Melaka tutup taska, tadika jika ada arahan KKM

    MELAKA hanya akan menutup kesemua taska dan tadika sekiranya mendapat nasihat atau arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), walaupun kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri itu meningkat. Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin berkata setakat ini hanya 11 pusat asuhan kanak-kanak diarah tutup di Melaka sejak HFMD mula menular.…