Kerat ibu 15: suspek pendiam, tidak bergaul dengan jiran

0
404

SUSPEK lelaki yang membunuh dan mengerat 15 ibunya berperwatakan serius dan sering mengutip dan mengumpul barangan terpakai di perkarangan rumahnya di Taman Kerian, di sini.

Menurut jiran yang enggan dikenali, beberapa tahun lalu beliau terkejut apabila menyaksikan suspek bertindak membunuh seekor kucing yang masuk ke perkarangan rumahnya menggunakan sebilah pisau, memetik laporan Berita Harian.

“Dia (suspek) jenis yang pendiam, serius dan tidak bercampur dengan masyarakat.

“Kami terkesan dan trauma apabila mengetahui suspek tergamak bertindak sedemikian pada ibunya.

“Malah, sepanjang tempoh seminggu ini, kami langsung tidak mendengar sebarang bunyi apa-apa sama ada ketukan atau jeritan seperti kebiasan daripada rumah suspek sehinggalah ketibaan pihak polis semalam,” katanya.

Menurut jiran itu lagi, kebiasaannya mereka sering terdengar suara mangsa yang bernyanyi dan menjerit namun suasana itu bertukar suram apabila kelibat mangsa tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.

“Biasanya kami selalu dengar suara ‘auntie’ (mangsa) menyanyi dan kadangkala menjerit, namun sejak beberapa hari lalu, kelibatnya tidak kelihatan.

“Sehinggalah petang semalam apabila kelihatan sepasukan anggota polis mengerumuni kediaman mangsa dan barulah kami tahu kehilangannya akibat dibunuh oleh anaknya sendiri,” katanya ditemui media.

Sementara itu tinjauan di lokasi mendapati keseluruhan rumah suspek dikelilingi pita polis manakala bahagian pintu belakang yang menempatkan tangki kumbahan, turut ditutup.

Selain itu perkarangan rumah suspek juga kelihatan tidak terurus dengan pelbagai barangan lusuh yang dikumpulnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here