Peminat berang mahkamah kurangkan hukuman penjara Seungri

0
446

Jika sebelum ini bekas ahli kumpulan BigBang, Seungri dihukum penjara selama tiga tahun, namun keputusan tersebut telah diubah kepada penjara selama setahun setengah sahaja.

Dia yang mengemukakan rayuan bagi kes tersebut bagi meringankan hukuman awal termasuklah perlu membayar denda sebanyak RM4.23 juta.

Pada 2021, nama Seungri tiba-tiba panas apabila dihadapkan ke mahkamah atas sembilan pertuduhan termasuk mengatur perkhidmatan pelacuran bagi pelabur-pelabur serta terlibat dalam perjudian antarabangsa.

Mahkamah sebelum ini menyifatkan kesalahan penyanyi itu mencetuskan ancaman yang cukup berbahaya kepada negara manakala peminat menganggap dia mencemarkan nama BigBang, satu kumpulan gergasi Korea Selatan.

Bersabit dengan keputusan baharu mahkamah, segelintir peminat kecewa dengan keputusan meringankan hukuman yang diterimanya itu.

Ada yang menganggap Seungri perlu dikenakan hukuman lebih berat dek kerana kesalahan dibuat melibatkan ramai pihak.

Orang ramai menganggap keputusan itu sebagai mengecewakan

“Kesalahan yang dibuat melibatkan ramai mangsa tapi hukuman yang diterima semakin ringan.”

“Orang lain menyalahgunakan dadah menerima hukuman penjara dua tahun. Yang melacurkan orang lain dikurangkan hukuman. Tak adil.”

“Setahun setengah penjara untuk sembilan pertuduhan? Macam ada sesuatu yang tak kena. Kasihan pada mangsa,” tulis beberapa netizen mengungkapkan rasa kurang senang.

Seungri sebelum ini menjalani hukuman di penjara tentera dan bakal dipindahkan ke penjara biasa dan dijangka akan dibebaskan seawal Februari 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here