Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan meninggal dunia

0
217

PRESIDEN Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan meninggal dunia hari ini.

Memetik laporan Arab News, Kementerian Hal Ehwal Presiden mengutuskan ucapan takziah kepada rakyat dan dunia Islam atas pemergian Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan pada Jumaat, 13 Mei.

Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkata, UAE kehilangan pemimpin yang soleh.

“Pendirian, pencapaian, kebijaksanaan, kemurahan hati dan inisiatifnya ada di setiap sudut negara. Saudaraku, semoga Allah merahmatimu dan ditempatkan ke syurga,” katanya.

Kementerian mengumumkan 40 hari berkabung dengan bendera separuh tiang mulai hari ini.

Sheikh Khalifa mengambil alih sebagai Presiden kedua UAE pada November 2004, menggantikan bapanya sebagai pemerintah ke-16 Abu Dhabi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here