Apa kesudahan rumah tangga Syamsul, Puteri Sarah?

0
888

SEJAK mengumumkan yang rumah tangga yang dibina sedang bergoncang, isteri kepada pelakon Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana reda dengan apa yang akan terjadi kepada hubungan mereka.

Tidak lagi tahan diganggu pihak ketiga, dia mendedahkan sudah empat tahun wanita tersebut ‘masuk’ ke dalam rumah tangga mereka dan membuat onar.

Tambah tragis, apabila dia juga menjadi mangsa buli siber sehingga menjejaskan kesihatan mental akibat sering kali diganggu pihak tersebut.

“Sekarang saya mahu dedahkan apa yang berlaku. Sebelum ini memang saya sering kali diganggu pembuli siber yang melakukan pelbagai modus operandi untuk mengacau hidup kita.

“Ada juga kiriman mesej yang bukan-bukan masuk ke Instagram sehinggakan mengganggu mood dan membuatkan saya berfikir macam-macam.

“Kemudian, kami pula bergaduh suami isteri. Semua ni berlaku apabila mereka tidak bahagia dengan kehidupan sendiri dan mahu orang lain juga tak bahagia seperti mereka,” dedahnya berterus terang.

Puteri Sarah Liyana.

Tambah menantu kepada Datuk Yusof Haslam ini lagi, pada awalnya dia tidak faham dengan apa yang sedang dilalui memandangkan tiada kesedaran mengenai buli siber.

Namun sekarang apabila sudah berhadapan dengan bermacam-macam dugaan, dia tidak mahu lagi hidup dikawal oleh pihak yang melakukan perkara tersebut.

Sejak Ramdan yang lalu, Sarah sebenarnya semakin terbuka bercerita mengenai hal rumah tangganya sebaik sahaja mahu mengerjakan umrah ketika itu.

Dia yang pergi ke sana bersama dua anak dan keluarga terdekat turut berkongsi pelbagai kisah mengenai kemelut yang dihadapi secara terbuka menerusi media sosialnya.

“Ramai juga yang bertanya kenapa kena cerita, ini kerana saya sudah malas hendak menyimpan seorang diri sehingga menganggu kesihatan mental saya. Malah, saya menjadi seperti ‘psiko’ dan melepaskan kepada anak-anak.

“Kasihan apabila anak-anak menjadi tempat pelepas amarah. Apatah lagi, Syaikhul berusia dua tahun ketika itu dan tidak tahu apa-apa lagi. 

“Tapi saya tidak menutup ruangan komen dan DM (direct message) kerana tidak mahu pihak sana melihat saya sebagai takut,” kata Sarah penuh keyakinan.

Terdahulu kisah rumah tangga mereka mencuri tumpuan apabila Sarah mendedahkan hubungan mereka diganggu oleh Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ramadan lalu.

Dia reda dengan apa yang berlaku kepada rumah tangganya dan berharap ada jalan penyelesaian untuk kemelut yang sedang dihadapi ketika ini.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here