Mira Filzah selamat lahirkan bayi lelaki

0
219

PELAKON Mira Filzah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki awal pagi tadi. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh suaminya, Wan Emir Astar dalam satu hantaran di Instagram.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.

“Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat,” tulisnya.

Bersyukur dengan perjalanan yang telah mereka lalui, Wan Emir juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengirimkan doa buat mereka.

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.

Perkongsian yang dibuat itu juga dibanjiri dengan ucapan daripada rakan-rakan artis dan peminat yang ternyata teruja dengan kelahiran putera sulung pasangan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here