Bekas pemain NBA Adreian Payne maut ditembak

0
374

BEKAS pemain NBA, Adreian Payne, 31, maut akibat ditembak dalam satu insiden di Orlando, Florida pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik polis. 

Syerif Kaunti Orange di Orlando berkata pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 1.37 pagi waktu tempatan (0537GMT), mangsa disahkan meninggal dunia ketika di hospital.

Payne bersama NBA sebanyak empat musim dengan menyertai Atlanta Hawks, Minnesota Timberwolves, dan Orlando Magic.

Beliau kemudian berpindah ke EuroLeague Panathinakos dan ASVEL. Payne memenangi satu kejuaraan Liga Greece bersama Panathinaikos.

Selain itu Payne pernah menyertai kelab Turki, OGM Ormanspor sebelum berpindah ke pasukan Lithuania BC Juventus pada 2021.

Kelab Greek, Panathinaikos mengucapkan takziah atas permergian Payne.

“Kami terkejut dengan berita kematian bekas pemain kami. Takziah daripda kami kepada keluarga Adreian Payne. #RIP #AdreianPayne,” ciap Panathinaikos di Twitter.

Turkish Airlines EuroLeague turut mengucapkan takziah kepada keluarga Payne. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here