PasLeaks: Imej Pas tidak terjejas – Abdul Hadi

0
230

PAS yakin isu penyebaran dokumen ‘PasLeaks’ tidak akan menjejaskan imej parti tersebut, kata Presiden parti Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata sehingga kini, Pas sentiasa menerima pertambahan ahli baharu.

“Sehingga hari ini, tiap-tiap bulan kita terima ahli baharu. Tidak kurang dari 1,000 ahli baharu, kadang-kadang 2,000, 4,000 pun ada ahli baharu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha mingguan di Masjid Rusila, Marang, Terengganu ada Jumaat.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata hubungan antara pemimpin PAS dengan pemimpin UMNO juga tidak tergugat disebabkan penyebaran dokumen tersebut.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial beberapa keratan dokumen didakwa minit mesyuarat PAS yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata polis sudah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan dan akan memanggil semua ahli politik disebut dalam minit mesyuarat yang tular itu.–Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here