Polis cadang guna Tik Tok sebar maklumat isu ‘scammer’

0
291

POLIS Perak bercadang menggunakan aplikasi TikTok sebagai medium untuk menyampaikan sebarang maklumat dan mesej berkaitan ‘scammer’ yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, idea itu tercetus selepas menyedari aplikasi tersebut kini mendapat perhatian daripada pelbagai peringkat umur.

“Jadi, kita bercadang untuk menggunakan platform TikTok kerana sesuatu mesej yang disampaikan dalam masa yang singkat tetapi ia sangat berkesan dalam menyampaikan sebarang maklumat.

“Mungkin kita akan berkolaborasi dengan bank-bank tempatan untuk kita buka satu pertandingan kepada orang ramai yang boleh memberi idea menerusi penyampaian mesej dan maklumat paling kreatif menggunakan aplikasi TikTok,” katanya.

Beliau kepada demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama institusi kewangan negeri ini yang turut dihadiri Pengerusi Bank-bank Tempatan Malaysia Perak Datin Munirah Che Rose  di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Ipoh, hari ini.

Dalam pada itu, Mior Faridalathrash berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak merekodkan jumlah kerugian sebanyak RM33 juta akibat jenayah siber sepanjang tahun lepas.

“Mereka yang menjadi mangsa ‘scammer’ ini bukan sahaja masyarakat luar bandar tetapi golongan profesional,” katanya. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here