Sindiket jual diesel subsidi untuk kapal terbongkar, lebih RM1 juta minyak dirampas

0
359

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan tiga lelaki dan merampas diesel bersubsidi bernilai lebih RM1 juta di Taman Kota Puteri, Masai, Pasir Gudang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superitendan Dimin Awang berkata, sepasukan pegawai dan anggota melakukan serbuan pada 12 tengah hari di premis berkenaan selepas mendapat maklumat dan berdasarkan risikan.

Beliau memberitahu, tiga suspek berkenaan terdiri daripada dua warga tempatan dan seorang warga Indonesia berusia dalam lingkungan 36 hingga 40 tahun.

PGA merampas 51 tong lutsinar kapasiti 1000 liter setiap tong; empat mesin pum eletrik; minyak diesel bersubsidi anggaran jumlah keseluruhan 43,000 liter; dua set hos getah lutsinar; tiga treler dan sebuah lori tiga tan.

“Hasil pemeriksaan ke atas dua mesin ‘flow meter’ mendapati jumlah diesel yang telah dipam ke dalam tangki telah melebihi 1 juta liter.

“Siasatan awal yang dilakukan juga mendapati suspek telah menjual minyak diesel dengan harga RM3.85 per liter kepada pengguna kapal di sekitar Klang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihaknya merampas 51 tong lutsinar kapasiti 1000 liter setiap tong; empat mesin pum eletrik; minyak diesel bersubsidi anggaran jumlah keseluruhan 43,000 liter; dua set hos getah lutsinar; tiga treler dan sebuah lori tiga tan.

Katanya, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM1,427,350 dan sindiket itu dipercayai sudah beroperasi sejak dua minggu lalu.

Jelasnya, modus operandi mereka ialah mendapatkan bekalan dari stesen minyak sekitar Johor Bahru dengan membeli diesel secara pukal.

“Mereka beli secara pukal dan mengikut had yang ada di stesyen minyak menggunakan lori tangki kecil lalu di kumpulkan di premis ini untuk proses penghantaran ke Klang mengggunkan lori tangki besar. Biasanya mereka telah berpakat dgn stesen-stesen minyak terpilih.

Sindiket berkenaan membeli secara pukal dan mengikut had yang ada di stesyen minyak menggunakan lori tangki kecil lalu di kumpulkan di premis berkenaan

“Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah Johor Bahru dan Klang, Selangor,” katanya.

Beliau menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di jalan yang tidak diwartakan melalui talian hotline 07-7557280 Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here