[VIDEO] Rozita malu dengan lagu anak sendiri 

0
415

SETELAH tampil dikecam netizen gara-gara memaparkan sedikit sedutan lagu raya berjudul Kelepak Kelepuk Raya, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri sekali lagi menjadi mangsa sindiran ibu sendiri.

Ibu kepada Aliff, Rozita Ibrahim bukan sahaja menempelak lagu raya yang memaparkan tiga penari lelaki lembut, malah mengingatkan anaknya tentang perasaan malu.

“Mak marah, kelepak kelepuk. Jangan nak acah-acah rayu mak. Jangan cari mak raya ni,” tulisnya pada ruangan komen.

Susulan komen yang dibuat Rozita, Aliff dilihat ada membalas tulisan terhadap entri berkenaan.

“Saya tak faham mak. Apa salah saya? Pleaselah mak profesional sikit. Ni semua art,” tulisnya.

“Art taik anjing ko lahh,” jawab Rozita ringkas sambil disusuli ribuan tanda suka pada komen terbabit.

Terdahulu, sedutan video muzik yang dimuat naik oleh usahawan tersebut mendapat perhatian ramai apabila menggunakan khidmat tiga penari lelaki lembut.

Salah seorang daripada mereka hanya memakai singlet serta bersongkok dan menari dalam keadaan terkinja-kinja.

Video tersebut membuatkan rata-rata netizen tidak berpuas hati dan menganggap Aliff sengaja mahu mencemarkan kesucian bulan Ramadan dan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi.

Beberapa netizen pula menganggap apa yang dilalukan oleh Aliff tidak sesuai memandangkan dia sudah bergelar bapa dan menjadi ikutan orang ramai.

“Tak kisahlah nak buat apa pun Datuk tapi kena hormat pakaian tradisi kita. Pakai songkok tapi digayakan dengan singlet. Kalau jumpa depan mata memang minta simbah dengan air,” kata serang peminat.

“Merosakkan mood raya. Tak sesuai langsung meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa,” kata seorang lagi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here