MoU urusan antara PM dan PH, bukan MKT UMNO

0
275

SEBARANG keputusan melibatkan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, perlu menerusi pernbincangan rasmi antara Perdana Menteri yang mewakili Kerajaan Persekutuan, dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Ekoran itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, partinya tiada urusan untuk menerima sebarang keputusan melibatkan MoU yang dibuat oleh pihak lain  seperti Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap keputusan MKT UMNO untuk tidak meneruskan MoU tersebut pada 31 Julai ini.

“Perlu ditegaskan bahawa MoU tersebut adalah persefahaman di antara PH dengan Kerajaan Persekutuan dan bukannya dengan pucuk pimpinan UMNO.

“Justeru, pihak kami tidak terikat dengan apa-apa keputusan MKT UMNO,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Anthony Loke turut mendakwa terdapat percanggahan pendapat dalam kalangan parti-parti blok kerajaan berkaitan garis masa MoU seperti dilaporkan media.

Jelasnya, bagi PH, isu yang paling penting adalah pelaksanaan semua komitmen kerajaan yang termaktub dalam MoU terutamanya penggubalan Akta Anti Lompat Parti sebelum Parlimen dibubarkan.

“Dalam Pemukiman DAP Pusat baru-baru ini, pucuk pimpinan parti telah mengarahkan supaya seluruh jentera pilihan raya DAP mesti bersiap siaga sepenuhnya menjelang Ogos 2022.

“Dalam apa keadaan sekali pun, saya yakin bahawa DAP dan PH bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pembubaran Parlimen pada awal bulan Ogos akan datang,” katanya.—SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here