Anak Halim Othman perjelas sebab binti Abdullah

0
345

JIKA sebelum ini ramai yang terkejut apabila penyampai radio Halim Othman mendedahkan yang dia pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak, nampaknya kisah tersebut tidak berhenti di situ sahaja.

Myra Natasya, 27, yang juga merupakan pendatang baharu dalam dunia seni tanah air bukan sahaja popular secara tiba-tiba sebagai anak kepada Halim, namun isu lain pula menghimpit dirinya apabila dia sebenarnya dibintikan Abdullah.

Semuanya bermula apabila biak daya mengenai dirinya ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja 2019/2020 tertulis nama Yusmyra Natasya Abdullah terus menjadi perdebatan netizen.

“Mengenai nama saya Yusmyra Natasya binti Abdullah, saya menggunakan ‘binti Abdullah’ kerana ibu bapa saya kahwin di Thailand.

“Bapa saya berkahwin sebelum dia menjadi seorang ‘public figure’ iaitu pada tahun 1994, mereka bercerai ketika umur saya tiga tahun.

“Dia tidak mahu cerita sebab masa itu dia baru cerai dan baru mula dalam bidang seni, jadi dia kata tak perlu untuk cerita perkara yang bukan tentang kerjaya,” kata Myra dipetik Mstar Online.

Jelasnya lagi, ibunya Yusnita Omar, 47, berkahwin dengan Halim di Thailand pada 1994 dan dia dilahirkan setahun kemudian.

Rumah tangga yang dibina bagaimanapun hanya bertahan empat tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Bagaimanapun pernikahan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia dan menyebabkan namanya terpaksa menggunakan binti Abdullah bagi memudahkan sebarang urusan.

Namun begitu, Myra bersyukur kerana Halim pada akhirnya bersedia untuk membuka rahsia yang sudah disimpan hampir 30 tahun lamanya.

“Ini masa terbaik untuk memberitahu perkara itu, kalau dulu semasa saya berada dalam pertandingan pasti ada yang beranggapan saya ingin menumpang glamor sahaja.

“Saya umumkan sekarang sebab mungkin satu hari nanti saya akan berkahwin dan saya rasa tak elok andai harus terus berpura-pura.

“Saya pernah tanya kepada bapa jika orang tanya siapa bapa saya, boleh ke saya beritahu. Dia kata okey cakap jelah,” dedahnya lagi.

Tambah Myra, ini bukanlah kali pertama dia meminta kebenaran untuk mendedahkan perkara sebenar sebaliknya sudah berbelas kali.

Dia menganggap ini merupakan rahmat Ramadan apabila lelaki tersebut lembut hati membenarkan segala kisah didedahkan bagi menjernihkan keadaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here