Dua anggota TLDM maut dalam kemalangan di Sepanggar

0
197

DUA anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Sabah Port, Sepanggar, di Sabah, malam tadi.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu mangsa Ahmad Faiz Mohd Hanif, 39, dan Norasnizam Mohd Alui, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa berpangkat Bintara Kanan bahagian kejuruteraan, yang mana Ahmad Faiz bertugas di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, manakala Norasnizam bertugas di kapal KD Selangor.

“Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.14 malam. Dilaporkan kejadian melibatkan dua motosikal merempuh sebuah treler dari arah belakang.

“Akibat kejadian itu dua penunggang motosikal parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan JPBM menyatakan pemeriksaan di sekitar lokasi turut dilakukan bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.33 malam dan mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here