Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hina Nabi: Penulis buku ditahan -

Hina Nabi: Penulis buku ditahan

SEORANG penulis buku ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan memuat naik hantaran menghina Nabi Muhammad SAW menerusi laman Facebook pada Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor  kira-kira 11.15 pagi dan turut merampas sebuah telefon bimbit berserta kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau perasaan permusuhan atau memudaratkan perpaduan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap lelaki berkenaan akan dibuat esok.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

— BERNAMA