Penyanyi nasyid ditahan, miliki ’ladang mini’ ganja di rumahnya

0
455

SEORANG penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

“Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu,” katanya hari ini.

Pada sidang media hari ini, polis mengedahkan suspek memiliki 17 pasu bunga yang ditanam pokok ganja di kediamannya, di sebuah kondominium di Kota Damansara, Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here