6 parah, 6 lagi ditahan kerana bergaduh isu bina jambatan di Tawau

0
416

SERAMAI enam lelaki cedera dalam satu rusuhan bemembabitkan dua kumpulan lelaki bersenjata yang berlaku di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 di Tawau, Sabah pada malam Ahad.

Dua daripada mereka yang dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan terhadap kecederaan dialami itu telah ditempatkan di zon merah semalam.

Menurut laporan-laporan media, enam lelaki lain yang terlibat dalam kejadian pergaduhan berkenaan telah ditahan polis selepas video mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak malam Ahad.

Dalam video berdurasi 27 saat itu, kelihatan sekumpulan individu mengunakan senjata dipercayai parang dan kayu dalam pergaduhan terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian merusuh di kampung berkenaan.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara penduduk kampung berhubung isu pembinaan dan pembaikan jambatan di satu kawasan yang terlibat dalam kebakaran pada 17 Mac lalu.

Hasil siasatan dan tindakan segera yang dijalankan telah berjaya membuat tangkapan terhadap enam individu berusia 20 hingga 70-an termasuk dua daripadanya warga asing pada awal pagi Ahad selepas dikenal pasti terlibat dalam kejadian itu, katanya kepada pihak media pada Isnin.

Beliau menambah, semua suspek yang ditahan dihadapkan ke Mahkamah Tawau untuk mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan Prosedur Jenayah.

Kes berkenaan kata beliau, disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here